Tuesday, July 26, 2011

.manusia baik tak boleh buat salah eh.

mood penulis : mood malam yang syahdu owhhhh

hai korang..
malam ni nak bercakap pasal manusia pulak
kat sekeliling kita ni memang ramai gila manusia
macam-macam jenis manusia kita boleh nampak
dan macam-macam perangai yang kita boleh tengok
manusia ni biasanya dikategorikan kepada dua
baik dan jahat
manusia tu tak sempurna
aku tak tau lah pulak kalau ada manusia yang betul-betul sempurna
bagi aku takde yang 100% sempurna melainkan kau sendiri anggap dia paling sempurna tanpa cacat cela
buat salah tu normal bagi aku dalam hidup manusia
cuba kau bagitau aku manusia mana tak pernah buat salah
manusia yang kau anggap jahat dah tentu selalu buat salah
tapi jangan rasa manusia yang baik tu tak pernah buat salah
walau pun dia baik budi pekerti tapi dia tetap manusia yang sama macam kau

aku pelik kenapa bila manusia yang kau memang label dia jahat
bila dia buat jahat laknat beribu riban kali pun kau tak heran
tapi bila manusia yang kau label baik tu buat silap sekali kau boleh cerca dia sampai ke sudah???
hey manusia akan buat silap dalam hidup dia walau sekali
sebab tu bagi aku kau jangan pandang manusia itu sempurna
sekali kau anggap dia sempurna
selamanya kau boleh seksa perasaan dia disebabkan satu kesilapan yang dia lakukan
jadi ingatlah mana-mana manusia boleh buat silap
sama ada dia sengaja atau tak
tapi itu semua bergantung pada kau nak menilai macam mana
sampai hari ni apa yang aku nampak
ramai manusia akan cakap
yeahhh manusia baik tak boleh buat silap walau sekali
kau tau tak..tu pandangan orang yang cetek akal...noktah.

ok korang..babai :)

~chow~