Sunday, May 4, 2014

.hidup sekarang.

Assalammualaikum..

dah lama sangat rasanya aku tinggalkan aktiviti menaip panjang-panjang kalah esei SPM ni. mungkin menaip blog bukan lagi menjadi satu hobi..mungkin..tetiba rasa respek pada blogger tegar yang memang selalu ada post baru kat laman mereka..ok salute sangat.

sejak dah kerja memang masa tu jadi satu alasan yang agak baik untuk tak update blog selama berbulan-bulan..hewhewhew..penat wehhh kerja..mungkin kerja aku tak penat dari segi fizikal..tapi penat dari segi mental..mungkin laa sebab ni yang aku rasa..sepanjang hari otak ligat berfikir..tapi aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang..senang cakap i love my job actually..walau kadang-kadang merungut tak tentu pasal..hehehe normal kan tu..normal laaaa..tapi aku masih lagi mengharap yang suatu hari nanti aku akan dapat hadap satu kerjaya yang lebih baik dari ini mungkin..semoga tuhan sentiasa dengar doa aku ni.

sekarang walaupun blog bukan lagi menjadi satu keutamaan dalam hidup, tapi mungkin boleh jadi satu ruang untuk aku luahkan perasaan..memang dari dulu lagi aku kerja meluah perasaan kat blog ni..tapi kali ni memang blog aku jadi tempat meluah perasaan bila masa aku perlukan..gitu pun boleh ye dak..sekarang ni memang waktu yang paling sesuai nak meluah perasaan..di kala manusia lain senyap sepi ntah mimpi apa aku sibuk nak menaip dengan koolfever tertampal kat dahi berserta eye mask yang tertempek lagi bawah mata..macam takda makna pun tempek eyemask tu kalau time macam ni pun sibuk nak celik mata.

dalam hidup aku sekarang..aku selalu cakap 'dear myself..please move on..please..i am begging'..haaa kau sampai begging2 bagai..hahaha over..aku tau..tapi memang itu lah yang aku tengah usahakan sekarang ni..nak move on macam mana pun tak kisahlah yang penting aku akan kejar apa yang aku nak..kadang-kadang bila difikirkan macam mustahil nak capai..memakan masa yang agak lama untuk dapat apa yang aku hajat..yela aku bukanlah anak tan sri dato datin nak mudah dapat segala hajat..aku sedar itu..btw i love you abah..i love you emak..mereka kekuatan aku..aku tak tahu nak balas jasa abah dan emak aku macam mana..sebab tu aku kat sini sekarang ni..aku akan cuba sedaya yang mampu untuk mereka berdua..walau aku sedar takkan terbalas jasa ibu bapa tu..besar sangat jasa diorang..Ya Allah, lindungilah kedua ibubapaku selalu. :') walaupun tak banyak yang aku dapat buat aku rasa bahagia bila tengok diorang senyum setiap kali aku balik rumah.

'kau bila nak kawin?' tu soalan yang dah mungkin tak lama lagi jadi isu dalam hidup aku..hahaha macam tragis semacam je kannn..yela kalau dah namanya perempuan, jadi pulak orang malaysia, umur macam aku ni sepatutnya memang dah sesuai sangat jadi bini termasuk pakej emak orang dah..kalau ditengokkan kawan-kawan sekelas masa aku tingkatan 5 dulu, dah ramai sangat yang beranak pinak..jumpa kat kenduri kawin pakat dukung anak, pimpin anak berjalan..wah meriah..memang meriah..bahagia tengok diorang..dalam hati terdetik takpelah rezeki diorang kawin awal..padahal takde lah awal sangat pun..baru dua tahun lepas..tu kira tak awal sangat lah..sedang-sedang elok nak kawin pun..hmmmm..panjang mengeluh...sebab tu lah aku selalu cakap pada diri sendiri 'move on..please..move onnnnn'..semoga tuhan kuatkan hati aku ni..inshaAllah.

sekarang ni aku memang akan fokus habis-habisan pada apa yang aku hadap tak kiralah segala benda pun..sebab ini lah yang ditakdirkan untuk aku buat masa ni..jadi aku kena laksanakan tanggungjawab ni sebaik mungkin dan sedaya yang mampu..untuk rasa bahagia biarlah aku simpan sendiri perasaan tu..yang pasti aku bahagia dan bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang ni..Alhamdulillah. :)

dah siap pun post ni tapi aku blur pulak nak taip tajuk..haihh!