Sunday, July 6, 2014

.lukisan.

Aku rindu nak melukis. Rindu nak pegang pensel dan pemadam sebagai penyelamat meskipun pemadam merupakan salah satu objek yang dilarang semasa melukis oleh pensyarah aku dahulu. Entah bila aku boleh mulakan kembali sesuatu yang pernah menjadi hobi aku sejak zaman kanak-kanak. Semasa aku masih kecil, abah selalu belikan aku set buku skrap yang selalu diguna oleh pelajar sekolah menengah untuk membuat kerja kursus mereka. Di situlah tempat aku melukis segala apa yang aku mahu. Meniru karakter kartun dalam majalah mahupun hanya mengikut imaginasi aku sendiri. Betul, memang itu yang aku minati. Cepatnya masa berlalu. Kini aku dah dewasa biarpun abah dan emak masih menjaga aku ibarat anak kecil. Sentiasa risau jika aku ke mana-mana. Kerana itu aku sentiasa cuba menjadi berani untuk berdikari supaya abah dan emak takkan sentiasa risaukan aku. Mungkin aku boleh mulakan kembali hobi aku dahulu. Seni dapat menenangkan aku. Itu diri aku yang sebenarnya.

.insan baru.

Assalammualaikum
Terpapar laman baru untuk kisah hidup aku. Bukan aku tak sayang segala karangan lama yang penuh dengan kenangan. Tapi aku hanya perlukan satu laman baru untuk hidup aku. Biarpun karangan lama dipadam, kenangan tetap dalam ingatan. Bila ditoleh ke belakang kau pasti nampak kembali apa yang telah tercoret, simpan dalam hati baik-baik. Semua itu hanya coretan, lebih banyak perkara baru perlu ditempuh. Manusia perlu berubah bila dirasakan suatu nikmat perubahan. Ya, ia sangat menenangkan, sangat tenang. Aku perlu mengubah segalanya. Takkan ada manusia lain yang akan mengangkat kaki kita untuk melangkah melainkan diri sendiri. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang pernah Kau beri untuk aku rasai. Semuanya akan bermula kembali. In Shaa Allah...

.Cerita Pertunangan Jann.

Assalammualaikum..memang dah lama sangat aku tak update blog. Sejujurnya memang tak sempat nak jenguk langsung. Last update pun hujung tahu...