Saturday, December 27, 2014

.cinta hingga syurga.

ibu..
besarnya pengorbananmu
melahirkan dan membesarkan
menjaga hingga tidak lelap mata
memeluk biar serap panas hangat
mengucup tanda luasnya kasih
sentiasa ada tika kau dalam resah
tinggi menadah tangan basah lidah berdoa
supaya kau terus ke jalan syurga

ayah..
besarnya jasamu
menitis keringatmu membanting tulang
semata demi menyuap rezeki
berpanas berhujan sanggup melindungi
timbul urat tanganmu mengerah tenaga
supaya kelak matamu bersinar
menonton engkau yang berada di puncak

anak..
jangan lihat tika dan waktu kini
jangan diukur kesenangan kau
jangan dibanding hidup kau
jangan mendongak tiada tunduk
jangan berjalan mengepak depa
kau..pusingkan langkah ke belakang
saksikan jerih perit mereka
tonton segala kerja kuat mereka
lihat jari jemari mereka
kira berapa silang urat hijau
perhati garis kedut dimuka
itu yang jadikan kau berada di sana
ringankan tangan..panjatkan doa
tambahkan kebaikan buat mereka
agar kita sama bahagia hingga ke syurga..

Ya Allah..lindungi kedua ibubapaku..dekatkan hati aku kepadaMu,,tiada apa aku inginkan selain bersama mereka dijalan syurgaMu,,

ya..benar..inshaAllah.

Wednesday, December 24, 2014

.awal dan akhir.

sudah tiba hari-hari akhir
untuk mula hari-hari baru
dalam tahun yang baru
kisah yang baru
lembaran yang baru
tajuk yang baru
helaian yang baru
dengan segala yang baru

hidup....
aku jua mahu hidup baru
itu harapan aku
mana yang aku pahat dalam hati
untuk tahun baru
tapi aku tak tahu
apa aku mampu
untuk harungi perkara lalu
dan terus berusaha capai impian itu

hati....
ya aku tak kuat
tapi aku cuba
tahan dan keraskan jiwa
demi harapan yang aku buat

hari baru...
aku mahu apa yang aku mahu
walau susah perit celaka akan aku lalu
tidak mengapa wahai hati
asal kau bukan mati kerana diam diri

Wednesday, December 3, 2014

.pandang belakang.

ada orang kata
jangan pandang belakang
tapi buat masa sekarang
aku masih pandang ke belakang
kenapa?
mana bisa kau nak padam semua sekelip mata
aku? mustahil dapat buat begitu
aku? sepuluh tahun lagi juga tak mungkin dapat lupus semua
aku? masih lagi perlu masa
aku? sebab aku takkan mahu lupa
aku? ya..aku tetap akan pejamkan mata
sampai bila? sampai aku mampu melihat semula
bila? semoga tuhan permudahkannya....

Monday, December 1, 2014

.potret.

dalam sekeping potret
tiada yang bernyawa
mahupun bergerak
ya..kaku..
dalam sekeping potret
semuanya indah
semuanya tersenyum
tanda bahagia
kerana sekeping potret
ia buat aku senyum
ia memberi aku harapan
untuk terus didatangi keindahan
terima kasih Tuhan
Kau beri aku rasa gembira
ya..ini yang aku rasa


.ruang kecil aku.

dalam ruang yang kecil 
aku mengadu damba
dalam ruang yang sempit
aku menulis hiba
gerak tari jemari perlahan 
mengikut rentak yang diolah fikiran
perlahan....
dalam ruang sekecil ini
aku akan bercerita
walau bait bicara hanya aku yang mengerti
tanpa aku peduli mereka yang di luar sana
mungkin mengeja setiap suku kata 
tapi yang pasti hanya aku yang memahami
tidak mengapa
walaupun di ruang yang kecil
aku merasa puas
walaupun di ruang yang sempit
aku menghela rasa lega
mungkin ini cara aku
melepas rasa meluah segala
untuk aku terus rasa selesa
sungguh..aku rasa lega :')

.Cerita Pertunangan Jann.

Assalammualaikum..memang dah lama sangat aku tak update blog. Sejujurnya memang tak sempat nak jenguk langsung. Last update pun hujung tahu...