Sunday, June 19, 2016

.Cerita Pertunangan Jann.

Assalammualaikum..memang dah lama sangat aku tak update blog. Sejujurnya memang tak sempat nak jenguk langsung. Last update pun hujung tahun lepas. Dahsyat tahap kebloggeran aku sekarang ni. Daripada single mingle sampai dah jadi tunangan orang baru nak update ni haaaa. Eh? Jann dah bertunang ke? Ye sayang..dah bertunang pun yakni 3 bulan lepas, ni boleh kira updating yang agak basi mungkin..hihi..tak kira tak kira nak update jugak dengan harapan dapat dibaca oleh cucu cicit nanti..jauhnyaaa berangannnnnn!

05 Mac 2016, Sabtu. 
Ni la tarikh aku dipinang dan ditunangkan lantas dapat la gelaran seorang tunangan orang. Seriously kadang-kadang macam tak percaya yeke dah jadi tunang orang ni? Tampar pipi sendiri banyak kali bagi sedar. Perancangan nak bertunang memang berlaku dalam masa yang sangat singkat dan tak lah berapa rushing pun. Aku rasa ok je, mungkin mak dan abah aku la kelam kabut tak cukup kaki tangan nak prepare segala benda dekat rumah. Aku kat JB macam ok jom balik rumah esok nak tunang...hahaha!

Preparation nak bertunang pun agak simple sebenarnya bagi aku walau taklah nampak begitu simple. Semua hantaran aku buat sendiri je. Segala benda nak buat sendiri kalau boleh tu. Tapi yang paling penting sirih junjung wajib la permaisuri segala sirih junjung yang kena buat yakni emak aku sendiri. Terima kasih mak :') Bab hantaran ni bagi aku yang agak mencabar masa kau nak pergi beli barang-barang tu semua. Pergi sini tak jumpa, pergi sana tak berkenan, keluar masuk kedai segala kedai yang ada boleh jadi gaduh sesama sendiri perginyeeee. haha at the end lah tu sebab dah stress plus dah penat berjalan plus tumit kaki dah sakit, masa tu la macam-macam sengal badan aku rasa. Tapi Alhamdulillah semuanya berjaya disediakan sebelum majlis.

Hantaran daripada pihak perempuan

Hantaran daripada pihak lelaki

Untuk pelamin pulak sebenarnya aku tak nak pun pelamin tu semua. Tapi terbuat pulak, memandangkan abah aku cakap takpe, tunang sekali seumur hidup. Tak salah nak rasa ada pelamin. Sebenarnya abah aku yang excited lebih. Termakan hasutan jugaklah aku ni. So at last, pergilah aku ni jumpa bridal semua dengan kelam kabutnya main booked tarikh dan bagi je design ikut imaginasi seorang cikgu art. Nasib baik menjadi..kah3!

TADAAAAA!!

Untuk kenduri kat rumah pulak tugas tu 100% diuruskan oleh mak dan abah aku la. Agak rushing untuk diorang tapi perfect. Yela..anak diorang ni menyatakan hasrat nak jadi bini orang bulan Januari, then tup-tup terus bagitau nak bertunang bulan Mac. Hihi agak kejam. Tak cukup 24jam sehari family aku berfikir nak laksanakan hasrat aku tu. waaaaaaa sayang semua sampai syurga! Jemputan aku tak berapa pasti tapi agak banyak jugak mencecah 200 orang. Aku pun tak faham kenapa tiap kali mak dan abah aku buat apa-apa majlis tak boleh nak cakap majlis tu majlis yang kecik-kecik. Dia takkan jadi kecik sampaikan terdetik kat hati mak aku risau tak cukup lauk pauk tu semua. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segala..makanan memang berlebihan dan boleh tapaukan lagi untuk saudara mara, jiran-jiran semua. Pihak lelaki pun tak kurang ramainya yang datang. Seperti yang kita semua nak, majlis pun berlangsung dengan baik, tersusun dan terurus dengan jayanyaaa!! 

Adik beradik yang sangat-sangat membantu serta berjaya mengharungi saat menjadi lipas kudung uruskan semua dikala aku tak sempat nak layan whatsapp group..hahaha

Kesayangan dunia dan akhirat

Perkara paling indah untuk hidup aku bila aku rasa abah dan emak sangat excited lepas aku bagitau aku nak kawin :') aku rasa aku faham macam mana perasaan diorang bila dapat tau yang aku sebenarnya dah jadi kuat semula untuk hadap fasa-fasa yang baru dalam hidup aku. Terima kasih emak dan abah. Kau tau nasihat dan apa yang abah dan emak bagitau aku masa aku pernah jatuh dulu sangat terkesan dalam hidup aku. Walaupun abah layan aku macam aku tak pernah dewasa tapi dia selalu yakin yang aku kuat :')

Lagi sebulan aku dah nak tukar status dan fasa hidup lagi sekali. Doakan semuanya berjalan dengan baik okay. Ye aku tau memang cepat pun tiba-tiba nak kawin dah pulak. Cukuplah 4 bulan je pegang status tunangan orang. Bak kata abah, tak elok lama-lama. InsyaAllah. Sebelum terlupa, Selamat Berpuasa! kira ni puasa terakhir sebagai seorang bujang. hehe.

05 Mac 2016
Jannah & Hafidz








Tuesday, December 8, 2015

.Selamat Menambah Umur Wahai Jann.

08 Disember..satu tarikh yang amat bermakna bagi aku. pada tanggal inilah mak aku bersusah payah berkorban nyawa untuk melahirkan aku. Terima kasih mak. Tak terbalas jasamu di dunia. Bila menjejak kaki ke umur yang baru, ini bermakna jangka hayat semakin pendek, ye walau kita tak tahu pun saat dan waktunya. Bertambah satu usia yang membawa ke peringkat makin dewasa (gigil nak sebut tua) hehehe. Banyak perkara dan cerita yang berlaku dalam jangka masa ini. ada yang menggembirakan aku dan tak ketinggalan jugak yang menyedihkan tahap meleleh-leleh. Takpe lah yang gembira dan bahagia jadikan kenangan yang manis sampai diabetes, yang buat kita meleleh tu jadikan jela pengajaran atau kalau dah terlampau meleleh biarkan jela pergi ke longkang dan tak payah ambik port dah. Kurang kerja sikit ye dak? 

Birthday tahun ni tak sama macam tahun lepas. Tahun lepas dengan bahagia dan sukacitanya aku celebrate birthday kat rumah dengan family. Tahun ni sambut birthday kat sekolah (aku seorang cikgu ye). Dari pagi melayan whatsapp dari kawan-kawan, keluarga, sanak saudara, jiran tetangga (banyak sangat group whatsapp, facebook pun ye jugak hihihi). Hati tak tenang nampak notification lights kat henpon berkelip-kelip hari ni time mengajar, berapi je rase hahaha tapi tak bermakna kerja aku melayan henpon saje, be professional lah kan. Maklumlah zaman sekarang ni mana ada orang nak kasi kau kad nak wish happy birthday semata..semua pakai hujung jari main taip je. Memang tak khusyuk lah aku mengajar hari ni..hehehe. Terima kasih pada insan-insan yang mengingati tarikh terlahirnya manusia dipanggil Jann ni. 

Aku bersyukur sangat tuhan masih panjangkan umur aku ke sekian tahun untuk merasa nikmat di dunia. Aku harap tuhan akan murahkan rezeki aku dan beri segala kebaikan dan kabahagiaan untuk aku kecapi. Semoga tuhan percepatkan jodoh aku (yang ni penting..tak kawin lagi ni haaa tau dak). dan semoga hari-hari seterusnya ni akan berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang anasir-anasir jembalang jahat..kahkahkah!! Selamat Hari Lahir Siti Nur Jannah bt Sheffie.

~much love~

Thursday, September 17, 2015

.the road.

Bismillahirrahmanirrahim..

Standing at the center of the straight road
Taking every steps until I met the twin junctions
Right or left?
I don't know which one is the best
and I never know which one is not
You know my dear, I can't .....

Dear readers, I can't complete this entry. thanks :')


Saturday, June 20, 2015

.hero hati.

Assalamualaikum..

Dah lama sangat rasanya tak menaip bercerita kisah hidup sendiri. Eh! Selamat Berpuasa bagi yang beragama Islam. Malam ke 4 Ramadhan ni jari gatal-gatal nak menari tekan keyboard. Maklumlah bila dah duduk sorang-sorang sampai tak tahu nak buat apa. Kepala mula fikir macam-macam dan ting!! keluar idea nak menaip. Jujur aku tak tahu ada ke orang nak baca apa yang aku tulis. Sebab sekarang tahap menaip aku dah tak macam dulu high speed dan idea mencurah-curah ke ladang gandum. Itu zaman study dulu, terlampau banyak kisah yang nak dikisahkan. Banyak juga post-post terdahulu yang aku dah delete. Bila dah mula bekerja kepala fikir kerja je sel otak tak nak berhubung untuk dapat idea best untuk menaip.

Malam ni secara drastik rasa rindu pada abah. Ni semua gara-gara video yang aku tengok kat facebook tadi. Haihhh!! Like seriously, bergenang air mata. Aku ada 5 orang adik-beradik yang semuanya perempuan. For sure aku yang ketiga atau yang tengah-tengah. Aku sangat rapat dengan abah. Kadang-kadang tak faham jugak sebab walaupun umur aku dah nak masuk 27 tahun bulan Disember tahun ni, abah still lagi layan aku macam masa sekolah-sekolah dulu. Dia sentiasa risau aku ke mana-mana walau pun aku dah mula duduk jauh dengan family sejak umur aku 13 tahun lagi. Selama yang aku ingat, abah la orang yang sanggup hantar aku bila aku dapat mana-mana interview kerja sejak habis study. Hihihi..ye aku memang tak berapa nak berdikari sangat. Aku tak suka buat perkara yang macam agak cerewet dan berisiko. Lagi mudah jalan yang ada, lagi senang untuk aku biar macam mana sekalipun kos yang aku kena tanggung. Bukanlah suatu tabiat yang begitu baik, dan ya cukup membazir kadang-kadang tu. hihihi tapi memang diri ini sebegitu. Bila fikir balik, macam lousy gila bila masih harapkan abah untuk teman hantar pergi interview bagai tu semua. Dalam dua bulan lepas aku ada pergi interview dan abah jugak la orang yang sanggup datang ke JB dari Pahang sana semata nak hantar aku attend interview kat JB ni jugak dan dalam masa yang sama aku memang dah kerja kat JB pun..blerghhh seriously lousy~~ aku rasa ini jugak faktor kenapa abah masih layan aku macam masa zaman sekolah :') Bila bercakap di telefon, kau boleh bagi aku separuh hari untuk berborak dengan abah non-stop. Segala macam nak dicerita walaupun hal yang remeh. Apa masalah yang aku hadap pun aku akan cerita termasuk masalah hati bagai dan pasti abah boleh buat aku menitik air mata. Terima kasih abah sebab cuba untuk faham.

Hey! ayah mana yang tak sayangkan anak. Kalau boleh diorang tak nak lepaskan pun tanggungjawab diorang sebagai ayah. Tapi lumrah kehidupan, bila tiba masanya diorang terpaksa lepaskan anak diorang pada orang lain untuk dipertanggungjawabkan. Abah tak pernah tanya bila aku nak kahwin semua. Tapi aku tahu mungkin dia cuma rahsiakan sendiri. Dan aku tahu selepas semua yang pernah aku lalui dulu abah mesti risau yang aku takkan buka hati aku lagi. Sebenarnya tak, siapa lah yang taknak miliki nikmat Allah tu kan? aku redha dengan ketentuan Ilahi. Ada hikmah disebalik semua kejadian. Allah menjauhkan kerana perkara itu bukanlah yang terbaik untuk aku. Dan terbukti ia bukanlah yang terbaik. Aku yakin Allah akan datangkan sesuatu kebaikan yang berlipat ganda dan yang pasti adalah terbaik untuk aku. Mungkin dalam pelbagai aspek samaada kerja, jodoh atau nikmat lainnya. Apa? Bila? Siapa? Dimana? semua tu rahsia Allah. Semoga suatu hari nanti Allah permudahkan. Semoga dia juga akan jadi hero hati untuk sentiasa bimbing aku di jalan Allah. Walau macam mana pun nikmat dan kebaikan yang akan diberi aku akan terus semat dalam hati abah lah hero sepanjang umur aku sekarang ni. Jangan risau abah, I will always be your 'anak bujang abah'. hehehe. Rindu yang takkan habis. Peluk cium dari jauh. :')


Wednesday, May 27, 2015

.terima kasih.

Alhamdulillah..
thank you Allah for giving me another chances
thank you for Your loves
thank you for a great knowledge I received
thank you for Your blessed
thank you for this serenity
thank you for taking him away from me
I know it was not enough just to say thank you
there are no words can describe how happy I am
Ya Allah..Alhamdulillah for this happiness..
Please lead me straight to Your path..Amin.
Allah :')


Sunday, April 19, 2015

.it was a fairy tales.

Fairy tales
Since I was a young child
I love those fairies stories
ya I know..it was not a real
but it makes me feel good, better, and love
how sweet the story is
how cute the characters inside
and how colorful the world they have
it was cheer me up
until me myself growing up
I'm still sticking with those fairy tales stories
I like too relates all those things happen in my life with a dream of fairy tales
those who had an experience in my fairy tales stories knows that I guess..hihi
oh there were sound silly and funny
but ya that's me neither
until all my fairy tales only becomes as a fairy tales....

but oh ya
sometimes I was thinking like that
fairy tales will always be a fairy tales..forever
but it was a hope
ya a hope for the better life
and guess what..I think that maybe a fairy tales will becomes a reality
I'm really hope so
sound silly huh~
and who's care???!!
ok I love you.

this is my fairy tales time actually :)


Wednesday, April 15, 2015

.burden is therapy.

I got a lot of work to do
yes and I can called it as overload works
so many 'to do lists'
and all of them have their own dues
be patient baby..wait for your turn 
I am too busy to know either your grass is greener..
because my grass also not yet confirm either they can get enough water or not
huh..I love my busy life right now..work smart Jann!

.Cerita Pertunangan Jann.

Assalammualaikum..memang dah lama sangat aku tak update blog. Sejujurnya memang tak sempat nak jenguk langsung. Last update pun hujung tahu...