Monday, December 1, 2014

.ruang kecil aku.

dalam ruang yang kecil 
aku mengadu damba
dalam ruang yang sempit
aku menulis hiba
gerak tari jemari perlahan 
mengikut rentak yang diolah fikiran
perlahan....
dalam ruang sekecil ini
aku akan bercerita
walau bait bicara hanya aku yang mengerti
tanpa aku peduli mereka yang di luar sana
mungkin mengeja setiap suku kata 
tapi yang pasti hanya aku yang memahami
tidak mengapa
walaupun di ruang yang kecil
aku merasa puas
walaupun di ruang yang sempit
aku menghela rasa lega
mungkin ini cara aku
melepas rasa meluah segala
untuk aku terus rasa selesa
sungguh..aku rasa lega :')

Sunday, November 30, 2014

.pejam mata.

aku akan pejamkan mata
untuk tidak melihat
untuk tidak mengetahui
segala apa yang terjadi
aku akan pejamkan mata
untuk terus rasa selesa
untuk terus rasa tenang
atas apa yang terjadi
aku akan pejamkan mata
untuk terus nikmati rasa sayang
untuk terus nikmati rasa cinta
tanpa aku memerhati apa yang berlaku
segala drama dalam dunia
yang aku sendiri tidak pasti
bila kan ada penghujung
bila kan ada penamat cerita
selagi aku mampu memejam mata
aku tidak akan mahu melihat
aku hanya mahu merasa
sehingga tiba waktu aku berani untuk buka mata semula

Sunday, November 23, 2014

.pelangi.

tujuh warna..cantik
warna warni..dia saja yang ada
indah dia buat aku senyum
hari panas matahari terik
pelangi..kau di mana?
hari hujan air mencurah
pelangi..kau di mana?
walau dia adalah pelangi
yang bawa rasa bahagia..gembira
tak selamanya dia akan ada
sesekali dia akan muncul
kerana dia asalnya satu warna
bukan dua..bukan tiga..bukan empat
aku tunggu biasnya..pelangi akan ada

.bunyi.

sunyi..tiada bunyi
itu kata aku
sunyi..tiada bunyi
itu kata hati aku
sunyi..tiada bunyi
itu kata hati yang menipu
tak..tolong menafi
tak..tolong menidak
mana ada sunyi..
bunyi itu masih wujud
bunyi itu masih ada
bunyi itu tetap di hati
bunyi itu tetap aku dengar
terima kasih cinta
kau tetap bawa bunyi itu untuk temani aku
biar aku tau kau tetap ada disini

Saturday, November 22, 2014

.peperiksaan dunia.

tak semua perkara perlu diluah
tak semua rasa perlu diberitahu
sabar..sabar..sabar.....
ya mungkin aku tak punya masa
ya mungkin aku tak punya kuasa
sabar..sabar..sabar.....
ini hanya peperiksaan dunia
itu kata dia
itu kata ibu
itu kata bapa
ya aku tak pernah menafi
ya aku tak pernah anggap ia salah
ya aku akur
ini hanya peperiksaan dunia
sabar..sabar..sabar.....
aku mohon kepada Pengujiku
kuatkan hatiku..kuatkan semangatku
ya ini hanya helaian peperiksaan untuk aku

Sunday, July 6, 2014

.lukisan.

Aku rindu nak melukis. Rindu nak pegang pensel dan pemadam sebagai penyelamat meskipun pemadam merupakan salah satu objek yang dilarang semasa melukis oleh pensyarah aku dahulu. Entah bila aku boleh mulakan kembali sesuatu yang pernah menjadi hobi aku sejak zaman kanak-kanak. Semasa aku masih kecil, abah selalu belikan aku set buku skrap yang selalu diguna oleh pelajar sekolah menengah untuk membuat kerja kursus mereka. Di situlah tempat aku melukis segala apa yang aku mahu. Meniru karakter kartun dalam majalah mahupun hanya mengikut imaginasi aku sendiri. Betul, memang itu yang aku minati. Cepatnya masa berlalu. Kini aku dah dewasa biarpun abah dan emak masih menjaga aku ibarat anak kecil. Sentiasa risau jika aku ke mana-mana. Kerana itu aku sentiasa cuba menjadi berani untuk berdikari supaya abah dan emak takkan sentiasa risaukan aku. Mungkin aku boleh mulakan kembali hobi aku dahulu. Seni dapat menenangkan aku. Itu diri aku yang sebenarnya.

.insan baru.

Assalammualaikum
Terpapar laman baru untuk kisah hidup aku. Bukan aku tak sayang segala karangan lama yang penuh dengan kenangan. Tapi aku hanya perlukan satu laman baru untuk hidup aku. Biarpun karangan lama dipadam, kenangan tetap dalam ingatan. Bila ditoleh ke belakang kau pasti nampak kembali apa yang telah tercoret, simpan dalam hati baik-baik. Semua itu hanya coretan, lebih banyak perkara baru perlu ditempuh. Manusia perlu berubah bila dirasakan suatu nikmat perubahan. Ya, ia sangat menenangkan, sangat tenang. Aku perlu mengubah segalanya. Takkan ada manusia lain yang akan mengangkat kaki kita untuk melangkah melainkan diri sendiri. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang pernah Kau beri untuk aku rasai. Semuanya akan bermula kembali. In Shaa Allah...

.Cerita Pertunangan Jann.

Assalammualaikum..memang dah lama sangat aku tak update blog. Sejujurnya memang tak sempat nak jenguk langsung. Last update pun hujung tahu...