aku akan pejamkan mata
untuk tidak melihat
untuk tidak mengetahui
segala apa yang terjadi
aku akan pejamkan mata
untuk terus rasa selesa
untuk terus rasa tenang
atas apa yang terjadi
aku akan pejamkan mata
untuk terus nikmati rasa sayang
untuk terus nikmati rasa cinta
tanpa aku memerhati apa yang berlaku
segala drama dalam dunia
yang aku sendiri tidak pasti
bila kan ada penghujung
bila kan ada penamat cerita
selagi aku mampu memejam mata
aku tidak akan mahu melihat
aku hanya mahu merasa
sehingga tiba waktu aku berani untuk buka mata semula
Sunday, November 30, 2014
Sunday, November 23, 2014
.pelangi.
tujuh warna..cantik
warna warni..dia saja yang ada
indah dia buat aku senyum
hari panas matahari terik
pelangi..kau di mana?
hari hujan air mencurah
pelangi..kau di mana?
walau dia adalah pelangi
yang bawa rasa bahagia..gembira
tak selamanya dia akan ada
sesekali dia akan muncul
kerana dia asalnya satu warna
bukan dua..bukan tiga..bukan empat
aku tunggu biasnya..pelangi akan ada
warna warni..dia saja yang ada
indah dia buat aku senyum
hari panas matahari terik
pelangi..kau di mana?
hari hujan air mencurah
pelangi..kau di mana?
walau dia adalah pelangi
yang bawa rasa bahagia..gembira
tak selamanya dia akan ada
sesekali dia akan muncul
kerana dia asalnya satu warna
bukan dua..bukan tiga..bukan empat
aku tunggu biasnya..pelangi akan ada
.bunyi.
sunyi..tiada bunyi
itu kata aku
sunyi..tiada bunyi
itu kata hati aku
sunyi..tiada bunyi
itu kata hati yang menipu
tak..tolong menafi
tak..tolong menidak
mana ada sunyi..
bunyi itu masih wujud
bunyi itu masih ada
bunyi itu tetap di hati
bunyi itu tetap aku dengar
terima kasih cinta
kau tetap bawa bunyi itu untuk temani aku
biar aku tau kau tetap ada disini
itu kata aku
sunyi..tiada bunyi
itu kata hati aku
sunyi..tiada bunyi
itu kata hati yang menipu
tak..tolong menafi
tak..tolong menidak
mana ada sunyi..
bunyi itu masih wujud
bunyi itu masih ada
bunyi itu tetap di hati
bunyi itu tetap aku dengar
terima kasih cinta
kau tetap bawa bunyi itu untuk temani aku
biar aku tau kau tetap ada disini
Saturday, November 22, 2014
.peperiksaan dunia.
tak semua perkara perlu diluah
tak semua rasa perlu diberitahu
sabar..sabar..sabar.....
ya mungkin aku tak punya masa
ya mungkin aku tak punya kuasa
sabar..sabar..sabar.....
ini hanya peperiksaan dunia
itu kata dia
itu kata ibu
itu kata bapa
ya aku tak pernah menafi
ya aku tak pernah anggap ia salah
ya aku akur
ini hanya peperiksaan dunia
sabar..sabar..sabar.....
aku mohon kepada Pengujiku
kuatkan hatiku..kuatkan semangatku
ya ini hanya helaian peperiksaan untuk aku
tak semua rasa perlu diberitahu
sabar..sabar..sabar.....
ya mungkin aku tak punya masa
ya mungkin aku tak punya kuasa
sabar..sabar..sabar.....
ini hanya peperiksaan dunia
itu kata dia
itu kata ibu
itu kata bapa
ya aku tak pernah menafi
ya aku tak pernah anggap ia salah
ya aku akur
ini hanya peperiksaan dunia
sabar..sabar..sabar.....
aku mohon kepada Pengujiku
kuatkan hatiku..kuatkan semangatku
ya ini hanya helaian peperiksaan untuk aku
Sunday, July 6, 2014
.lukisan.
Aku rindu nak melukis. Rindu nak pegang pensel dan pemadam sebagai penyelamat meskipun pemadam merupakan salah satu objek yang dilarang semasa melukis oleh pensyarah aku dahulu. Entah bila aku boleh mulakan kembali sesuatu yang pernah menjadi hobi aku sejak zaman kanak-kanak. Semasa aku masih kecil, abah selalu belikan aku set buku skrap yang selalu diguna oleh pelajar sekolah menengah untuk membuat kerja kursus mereka. Di situlah tempat aku melukis segala apa yang aku mahu. Meniru karakter kartun dalam majalah mahupun hanya mengikut imaginasi aku sendiri. Betul, memang itu yang aku minati. Cepatnya masa berlalu. Kini aku dah dewasa biarpun abah dan emak masih menjaga aku ibarat anak kecil. Sentiasa risau jika aku ke mana-mana. Kerana itu aku sentiasa cuba menjadi berani untuk berdikari supaya abah dan emak takkan sentiasa risaukan aku. Mungkin aku boleh mulakan kembali hobi aku dahulu. Seni dapat menenangkan aku. Itu diri aku yang sebenarnya.
.insan baru.
Assalammualaikum
Terpapar laman baru untuk kisah hidup aku. Bukan aku tak sayang segala karangan lama yang penuh dengan kenangan. Tapi aku hanya
perlukan satu laman baru untuk hidup aku. Biarpun karangan lama dipadam,
kenangan tetap dalam ingatan. Bila ditoleh ke belakang kau pasti nampak
kembali apa yang telah tercoret, simpan dalam hati baik-baik. Semua itu
hanya coretan, lebih banyak perkara baru perlu ditempuh. Manusia perlu
berubah bila dirasakan suatu nikmat perubahan. Ya, ia sangat
menenangkan, sangat tenang. Aku perlu mengubah segalanya. Takkan ada
manusia lain yang akan mengangkat kaki kita untuk melangkah melainkan
diri sendiri. Terima kasih Allah atas segala nikmat yang pernah Kau beri
untuk aku rasai. Semuanya akan bermula kembali. In Shaa Allah...
Sunday, June 15, 2014
.dia.
dia..
dia hanya gadis biasa
dia bukanlah yang ternama
dia adalah selemah-lemah hamba
dia bukan seorang yang kuat
dia tak punya hati yang keras
ya..hatinya selembut tisu
terpercik air maka basah permukaan terkoyak lapisan
dia sering diteman air mata
dia yakin air mata kekuatannya
alirnya air mata perginya derita
itu bagi dia..
dan tak mungkin kau punya rasa yang sama..
Subscribe to:
Posts (Atom)
.Cerita Pertunangan Jann.
Assalammualaikum..memang dah lama sangat aku tak update blog. Sejujurnya memang tak sempat nak jenguk langsung. Last update pun hujung tahu...
-
mood penulis : hip-hip hooreyy!! pesanan : ini entry bergambar Assalammualaikum pejam celik pejam celik dah tamat pengajian aku di UTM...
-
Assalamualaikum.. Dah lama sangat rasanya tak menaip bercerita kisah hidup sendiri. Eh! Selamat Berpuasa bagi yang beragama Islam. Malam k...
-
mood penulis : sedang hyper active nak update blog..wakaka pesanan : ini entry bergambar..ye sangat banyak Assalammualaikum.. semalam...
