Aku rindu nak melukis. Rindu nak pegang pensel dan pemadam sebagai penyelamat meskipun pemadam merupakan salah satu objek yang dilarang semasa melukis oleh pensyarah aku dahulu. Entah bila aku boleh mulakan kembali sesuatu yang pernah menjadi hobi aku sejak zaman kanak-kanak. Semasa aku masih kecil, abah selalu belikan aku set buku skrap yang selalu diguna oleh pelajar sekolah menengah untuk membuat kerja kursus mereka. Di situlah tempat aku melukis segala apa yang aku mahu. Meniru karakter kartun dalam majalah mahupun hanya mengikut imaginasi aku sendiri. Betul, memang itu yang aku minati. Cepatnya masa berlalu. Kini aku dah dewasa biarpun abah dan emak masih menjaga aku ibarat anak kecil. Sentiasa risau jika aku ke mana-mana. Kerana itu aku sentiasa cuba menjadi berani untuk berdikari supaya abah dan emak takkan sentiasa risaukan aku. Mungkin aku boleh mulakan kembali hobi aku dahulu. Seni dapat menenangkan aku. Itu diri aku yang sebenarnya.
Sunday, July 6, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.Cerita Pertunangan Jann.
Assalammualaikum..memang dah lama sangat aku tak update blog. Sejujurnya memang tak sempat nak jenguk langsung. Last update pun hujung tahu...
-
Assalammualaikum..memang dah lama sangat aku tak update blog. Sejujurnya memang tak sempat nak jenguk langsung. Last update pun hujung tahu...
-
mood penulis : hip-hip hooreyy!! pesanan : ini entry bergambar Assalammualaikum pejam celik pejam celik dah tamat pengajian aku di UTM...
-
mood penulis : sedang hyper active nak update blog..wakaka pesanan : ini entry bergambar..ye sangat banyak Assalammualaikum.. semalam...
Hobi melukis.. Alhamdulilah mesti cantikkan lukisa nawk.. ayie fail bab nie..
ReplyDeletehi.. suke baca blog cmni
ReplyDelete