Tuesday, December 24, 2013

.bukan mudah untuk hidup.

Assalammualaikum..

Sejak dah berkerjaya aku mula rasa sesuatu yang selama ni aku tak pernah rasa. Aku dah mula rasa penatnya abah aku bekerja untuk pastikan perut aku tak keluar bunyi pelik-pelik..aku dah mula rasa bimbangnya mak aku bila fikir tentang masa depan anak-anak..aku dah mula rasa sengalnya urat-urat badan semata nak cari harta sendiri..eh salute nya dengan ibu bapa sendiri yang memang struggle habis-habisan semata nak hidupkan anak jadi orang yang gembira sakan tak fikir masalah.

Bila dah mula berdikari cari duit demi meneruskan hidup baru lah ada kesedaran dalam diri..bukan mudah nak teruskan hidup..segala macam kena fikir..mana yang nak dihadap sekarang..mana yang dikejar untuk masa depan..mana yang dikendong untuk jadi simpanan hidup..kadang-kadang bila dah terover berfikir boleh sampai stuck kepala otak..sesetengah orang cakap apa yang kau dapat hari ni kira rezeki kau lah..untuk masa depan kau tunggu jela rezeki yang di depan nanti..tapi pernah tak fikir kalau rezeki untuk masa depan tu takde..rezeki yang lepas dah cair mengalir tak tinggal baki pun..ok boleh menangis tiga empat bulan tanpa henti tahu.

Dalam satu bulan ni saja, macam-macam kejadian yang aku hadap. Kalau lah aku betul ikutkan hati perasaan, memang tak mampu nak buat apa-apa lagi walaupun nak bangkit dari duduk sendiri. Tapi kalau aku terus macam tu, mana lah pergi masa depan aku. Jangankan nak nampak jalan, nak nampak bayang pun kempunan rasanya. Bukan mudah nak teruskan hidup bila kau dah tersungkur, lebih-lebih lagi segalanya kau tanggung seorang diri. Diri sendiri nak terus melangkah, tak mungkin kau nak tunggu orang lain yang tolong angkatkan kaki kau.

Semuanya terletak pada hati. Kalau dikuatkan hati, dengan sendiri usaha itu ada.InsyaAllah, tuhan sentiasa ada.


No comments:

Post a Comment