Wednesday, January 1, 2014

.manusia baru.

Assalammualaikum..

Pejam celik pejam celik dah masuk hari pertama untuk tahun baru 2014. Kebanyakan manusia akan mula membentangkan azam baru dan segala yang baru untuk dimulakan bagi tahun baru. Tak kiralah sama ada azam baru tu akan menjadi dan membuahkan hasil, buat-buat lupa dan terkubur atau terus masuk kembali dalam carta azam baru tahun depan..kah3. Ada juga yang berazam untuk takkan menoleh kebelakang lagi yakni 2013 yang mungkin meninggalkan banyak kenangan pahit..ehem..dan mula menaip status di alam maya dengan pelbagai macam peribahasa dan kata puitis dengan harapan takkan ada orang yang faham sebagai contoh yang dah berlalu jadikan pengajaran atau apa-apa saja lah lagi. Eh tak kisahlah apa yang diorang nak taip sebab setiap manusia ada kisahnya tersendiri. ye dak? Bagi yang penuh dengan kenangan manis pulak akan terpampang lah segala isu menarik dengan caption a bouquet of sweetest memories 2013 atau apa-apa saja lah yang diorang nak letak. Eh yang tu pun tak kisahlah janji diorang gembira dengan apa yang dicapai sepanjang tahun. Kan aku dah bagitahu tadi setiap manusia ada kisahnya tersendiri. Sama ada yang manis pahit masin masam tawar segala. 

Itu semua kisah mereka-mereka dan ini kisah aku. Bagi aku tahun baru jugak adalah masa untuk berubah dan mulakan segalanya yang baru dengan harapan ia berjalan dengan lancar tanpa masalah. Eh kau gila ke tanpa masalah. Sangat mustahil untuk kempen sifar masalah tapi aku cuma harap masalah yang datang tak diumpamakan seperti  durian runtuh camtu. Sekaligus segala masalah datang mahu buntang biji mata sekejap. Tahun 2013 bagi aku macam-macam pengajaran kau tahu. Dan yang pasti aku harap semua tu akan betul-betul jadi pengajaran untuk aku. Semoga hati aku kuat untuk berubah jadi lebih baik. *muka serius ni* Kadang-kadang bila kita cakap pasal hati kuat, ramai manusia lain akan anggap eh kau kat mulut je cakap hati kuat hakikatnya hati dah lama cair mengalir sampai ke usus dah agaknya. Aku pasti bukan aku saja yang suka sebut hati kena kuat walau tak kuat mana pun sebenarnya tapi kau tahu tak sekurang-kurangnya aku mengingatkan diri aku untuk jadi terus kuat angkat kaki langkah ke depan sebab aku yakin kalau aku mampu berusaha bangkit dari segala kisah dulu InsyaAllah tuhan pasti akan menolong hambaNya.

Pucuk pangkalnya daripada diri sendiri sekuat mana usaha kita nak mengubah yang kurang baik menjadi lebih baik. Kan aku dah bagitahu tadi..hati kena kuat. Ok lah selamat tahun baru dan diharapkan dengan buku baru kali ini segalanya akan tercoret dengan baik. :)

.google image.

2 comments:

  1. masukkan warna ke dalam hidup kamu,,,,dan jangan terlalu lurus spt pembaris..

    ReplyDelete
  2. Salam dh lama sy x berblog dan jalanw kat cni....Sebenarnya hidup ini penuh dengan warna2 dan yang mewarnakan kehidupan kita adalah diri kita sendiri...kalau kamu mahi ia penuh dengan warna warni hanya kamu yang harus mewarnainya....

    ReplyDelete

.Cerita Pertunangan Jann.

Assalammualaikum..memang dah lama sangat aku tak update blog. Sejujurnya memang tak sempat nak jenguk langsung. Last update pun hujung tahu...